Jalan naik ke Jamrah
Salam alaik...
Apa yang saya dapat tahu dari bos saya tahun ni pengurusan penghantaran kargo barangan Jemaah haji Malaysia dari Tanah suci akan diurusakan sepenuhnya oleh POS MALAYSIA..itu yang diberitahu pada saya..
Tapi ada sahabat saya yang akan terjah jugak..memang dari dulu sahabat saya ni main terjah je ..tapi kebaikkannya dia dapat bagi murah sr2/kg dari apa yang ditawarkan oleh POS MALAYSIA..atass sbb ini dapatlah Jemaah Malaysia menjimatkan sedikit kos penghantaran barangan yg mereka beli semasa berada ditanah suci.
Yang tak bestnya pulak bila Jemaah-Jemaah ni dapat diskaun penghantaran depa beli lagi banyak..jadinya duit lagi banyak yang habis...macam mana macam mana sekalipun dari pengalaman aku hampir kesemua Jemaah haji kita ni diaorang kalau boleh nak bagi habis terus duit yang diaorang bawak dan duit yang didalam akaun tabung haji diaorang.."haji ni sekali je,lepas ni nak dating balik dah tak mampu dah,jadi beli la apa yang patut untuk sedekah kat saudara dan kawan2" itu la alsan semua orang yang saya Tanya...
Tak kiralah haji ...asalkan mendapat haji yang mabrur sudahlah :)