29 November 2013

Terima Kasih And Thank You

                Pada peringkat awal saya membuka blog ini tujuan saya adalah untuk berniaga iaitu pada masa itu untuk menjual set kurma ajwa dan air zamzam yang dibekalkan oleh kawan saya...tetapi diketika separuh jalan kawan saya ini tadi merasakan bahawa bisnes ini terlalu perlahan dan kurang menguntungkan..
                Jadi kawan saya ini bersama rakan perniagaannya memutuskan untuk berhenti..apabila mereka tidak lagi membekalkan saya dengan produk mereka saya cuba mencari alternatif lain dengan mengambil dari "suplier" yang saya cari sendiri seperti contoh SW "suria wholeseller" di jalan tun razak..
                Tetapi oleh kerana modal yang tidak begitu kuat dan produk kurma ajwa dan juga air zamzam ini hanyalah produk bermusim dimana ianya hanya mendapat permintaan tinggi apabila musim haji dan bulan Ramadhan...saya akhirnya berhenti...kemudian blog ini saya gunakan untuk menjual pelbagai jenis produk yang lain contohnya kelambu moden.Tetapi juga tidak berhasil
                Tetapi akhirnya saya memustuskan untuk menjadikan blog ini satu ruang untuk berkongsi maklumat tentang pemakanan sunah dan juga sunnah-sunnah nabi SAW....
                 Sungguh saya tidak menyangka blog saya ini sudah dilihat oleh begitu ramai orang(bagi saya 46k dah cukup ramai :) ) dan audience datang dari seluruh pelusuk dunia....Pakistan,Rusia,Brunei,Singapura,Indonesia,Thailand dan banyak lagi....

SYUKUR ALHAMDULILLAH.....TERIMA KASIH SEMUA SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT DARI PERKONGSIAN INI

SILAKAN SHARE SEMOGA LEBIH RAMAI YANG MENDAPAT MANFAAT...