sunnah dan khasiat yang sukar diterangkan menggunakan logik akal...subhanallah..maha suci Allah hanya Dia yang Maha Mengetahui..Maha Berkuasa..ajwa dates..zamzam water..black seeds
26 March 2011
Habbatus Sauda’ Bijirin Untuk Kesihatan
Habbatus Sauda' terkenal sebagai tumbuhan yang mampu merawat pelbagai penyakit. Banyak kajian dijalankan sejak zaman berzaman membuktikan kebenaran ini. Malah ada yang mendakwa bahawa ia telah digunakan sejak zaman Junjungan Besar nabi kita Muhammad S.A.W. Wallahua’lam.
Tahukah anda Habbatus Sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa telah dipelopori oleh negara-negara Timur Tengah sejak berabad-abad dahulu. Ia merupakan sejenis tumbuhan dari famili Ranunculaceae dan telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan terutamanya bagi masyarakat Timur Tengah. Habbatus Sauda yang turut dikenali sebagai jintan hitam berasal dari kawasan Mediteranean. Ketinggian pokok Habbatus Sauda boleh mencapai had 20-90 cm, bijinya berwarna hitam manakala pokoknya mengeluarkan bunga yang berwarna ungu muda, putih, kuning dan merah jambu. Kapsul buah terdiri daripada folikel yang mengandungi biji. Rasanya sedikit pahit manakala baunya seperti bau buah strawberi.
Menurut kitab Kanun Perubatan Ibnu Sina dinyatakan bahawa, Habbatus Sauda bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan. Di kalangan masyarakat negara Timur Tengah, Nigella sativa digunakan sebagai penawar kepada penyakit asma, kanser, masalah pernafasan, masalah keradangan malah meningkatkan penghasilan susu ibu. Malah ekstrak pati minyak dari Habbatus Sauda juga digunakan dalam kesihatan kulit seperti penawar ekzema, jerawat dan kelemumur. Ia juga dapat meningkatkan aktiviti sistem penghadaman dan pemanasan badan terutama di negara yang beriklim sejuk.
Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%). Mineral lain ialah thiamin, niasin, kalsium, folasin, zink dan fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.
Biji Nigella sativa kaya dengan:
i. asid lemak tidak tepu yang terdiri daripada asid linoleik (Omega 6) (50%-60%) asid oleik(20%)
ii. asid lemak tepu iaitu asid palmitik 13.7% dan asid stearik 2.6%
Kandungan pati minyak Nigella sativa sebanyak (0.5% -1.5%) terdiri daripada:
i. thymoquinone (komponen utama melebihi 50%) yang bertindak sebagai bahan antioksida
ii. p-cymene (40%)-bahan organik
iii. pinene (15%)
Sehingga kini pelbagai kajian telah dijalankan dalam menemui khasiat Habbatus Sauda terutamanya untuk tujuan perubatan. Para penyelidik dari Pusat Kimmel Cancer, Universiti Thomas Jefferson, Philadelphia telah menemui ekstrak Nigella sativa iaitu thymoquinone sejenis komponen kimia yang mengandungi bahan antioksida. Justeru, ia dapat menghalang pertumbuhan sel kanser pada pankreas serta membunuh sel kanser melalui proses apoptosis.
Dr. Peter Schleicher, seorang pakar Immunologi mengesahkan kandungan asid linoleik dan asid g-linoleik dalam N.sativa mampu menstabilkan sel membran dan prostaglandin yang menghalang masalah keradangan. Tindak balas ini meningkatkan sistem keimunan tubuh badan yang memberi pertahanan dari dijangkiti penyakit seperti demam, batuk dan migrain. Asid linoleik turut diperlukan sebagai diet makanan untuk tubuh badan yang dapat mengurangkan masalah keguguran rambut dan rambut kering. Kajian klinikal mendapati asid g-linoleik dapat mengawal tekanan darah, menurunkan berat badan serta sesuai untuk rawatan diabetis dan asma.
Selain itu, mengikut kajian dari Jabatan Fisiologi, Pusat Perubatan Ghaem dan Universiti Sains Perubatan Mashhad, rebusan ekstrak N.sativa dipercayai membantu penyembuhan penyakit asma apabila diambil secara berterusan. Kajian dari Hospital King Fadh University Al-Khobar Arab Saudi menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ekstrak N.sativa yang bertindak sebagai perencat aktiviti Helicobacter pylori sejenis bakteria yang mengakibatkan gastrik, ulser perut dan kanser perut. Kelebihan pati minyak N.sativa dalam melawan serangan virus atau bakteria apabila ia mampu memusnahkan struktur membran sel pembunuh dan melumpuhkan aktiviti sel tersebut.
22 March 2011
ZA'FARAN SA'FRON...
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan dicampurkan dengan (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."
16 March 2011
HATI-HATI KURMA YAHUDI LAKNATULLAH KURMA HARAM KURMA ISRAEL
Sekarang bulan puasa bakal menjelma.... .....berhati- hati.....
....becareful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!
Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi
dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di
Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas
di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai
oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa
Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang
Yahudi.
Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.
Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis
ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas
dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.
Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi
Labels:
terbaik
12 March 2011
kisah dan asal usul kurma ajwa
Ini untuk berkongsi kisah asal-usul adanya buah kurma Ajwa ini yang dikatakan bermula selepas Nabi Muhammad S.A.W menanamnya sendiri.
Di ceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk di makan oleh baginda.
Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.
Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan di maklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.wallahualam
Di ceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk di makan oleh baginda.
Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.
Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan di maklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.wallahualam
Labels:
terbaik
Subscribe to:
Posts (Atom)